THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 5 Ogos 2011

KELEBIHAN MEROKOK,,,


Salam dari aku. Biasa orang akan cakap kat kita berhentilah merokok. tak ada faedahnya. tol x kepada orang2 yang merokok di luar. Jangan nak tipu la. Mesti ada punya. Aku pon hisap rokok jugak.hahah. Sebab apa korang menghisap ROKOK..??SEBAB-SEBAB MEROKOK

Ditinjau sebab-sebab merokok, antara yang utama ialah perasaan ingin menonjolkan keegoan diri. Setiap dari kita khususnya kaum lelaki apabila sampai disuatu peringkat akan merasakan dirinya kekurangan atau tidak sempurna kelakiannya, jika tidak merokok. Apabila dia tidak merokok dan melihat orang lain merokok samada di sebelahnya atau dihadapannya, ia merasakan dirinya tercabar dan merasa terlalu kerdil ditengah-tengah masyarakat lelaki. Perasaan inilah ingin dihapuskan dalam dirinya, lantas mengambil rokok sebagai seabagai kesempurnaan keegoannya. Dan itu lebih jelas lagi, apabila mereka berjalan dan dihembuskan pula asap-asap rokok dijalanan, merupakan gambaran yang cukup sempurna bagi dirinya sebagai seorang dewasa.

Pengaruh kawan sebaya dan alam sekeliling, pengaruh kawan-kawan mempunyai tindak balas yang besar terhadap sesuatu perkara. Apabila seseorang itu merokok dia kan cuba mempengaruhi kawannya yang tidak merokok agar sama-sama menikmati, agar wujud persamaan antara mereka, sebagai kawan rapat dan sehaluan. Apabila semua ahli dalam kumpulan itu merokok, Maka ini tentu sekali akan menambahkan lagi keceriaan dalam kumpulan dan lebih merapatkan lagi hubungan antara mereka.

Pengaruh kawan sebaya ini dapat dilihat terutamanya dikalangan para pelajar. Apabila seorang yang merokok dalam satu kumpulan, akan cuba mempengaruhi kawannya agar turut sama merokok. Apabila dilihat oleh pihak yang tidak merokok, mereka merasakan dirinya tercabar dan kekurangan jika mereka tidak turut sama merokok seperti kawannya, kerana pengaruh persamaan perlakuan dan tindakan dalam aktiviti rakan sebaya amat besar dan dituntut dalam sebuah kumpulan.

Apabila setengah-setengah orang, merasakan merokok itu satu keperluan apabila menghadapi sesuatu masalah. Rokok dianggap sebagai suatu yang dapat meringankan beban kekusutan fikiran yang dialami dan ianya dapat dikurangkan apabila seseorang itu merokok dalam sesuatu ketika sahaja, tetapi apabila fikirannya mula berkecamuk kembali, maka dia akan mengambil rokok untuk sekian kali. Keadaan inilah yang membawa kepada ketagihan dan masalah rokok yang serius kepada individu.


betul x,,??jangan nak tipu aku la,,huhu,,tapi kita sebagai perokok ni ade jugak kebaikannya..

15 kebaikan merokok :

1.perokok pasif lebih bahaya dari perokok aktif...
so aktif2 kan la merokok..haha

2.mengelakan dari melakukan perkara2 yg jahat..sbb agak susah untuk
orang mebunuh,mencuri dan bergaduh sambil merokok..

3.berbuat amal kebaikan: berkongsi lighter dan rokok sesama insan..

4.bersedekah dan menerima sedekah: Sedekah rokok pada member2 apabila mereka
tiada rokok...dapat pahala gak...haha..

5.meningkat kan ekonomi negara: kalau xde perokok...xde org meniaga rokok(budak2 jual kat hostel/van rokok tepi jalan tu)

6.Penjualan Ubat batuk,selsema dan gula hacks juga meningkat..(ekonomi jugak tu)

7.kalau xde rokok...xdelah istilah duit rokok..untuk bos2 berbuat baik pada perkerja-kerjanya

8.Sebagai ubat nyamuk : asap rokok pun leh jadi ubat nyamuk pee...

9.Menghilang kan bau perfume awek2 di shoping mall...untuk sape yg alergic perfume awek2 g mall pakai tu..kuat giler bau

10.persediaan untuk blackout: sebagai perokok tegar lighter mesti ada dalam poket nye la..(walaupun xde rokok) so leh la menggunakan lighter itu di waktu gelap...

11.melatih anak2 muda untuk bersemangat..walaupun batuk2 still mahu berusaha untuk menelan asapnye(cam motivasi la)

12.menambah kenikmatan: makan nasi lemak pagi2 lauk ayam dengan air teh tarik..
kalau ade rokok perhhhhh...

13.orang jahat dalam filem akan lebih nampak cool...orang jahat dalam film mesti isap rokok kan
takkan isap lolipopp plak...haha

14.meningkatkan suhu badan...pagi2 nak mandi sejukk...ade rokok suhu naik..leh la mandi...hehehe..

15.peneman di kala sepi...sape lagi nak teman korang...kalau x rokok yg sentiasa setia ...

P/S:AMARAN DARI KERAJAAN MALAYSIA:MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

0 ulasan: